Monday, September 26, 2011

Uji Pengetahuan Am Kita

Sering kali persoalan kecil dan remeh terlepas pandang daripada perhatian kita. Namun, fakta-fakta tersebut tidak kurang penting dan menarik untuk menambah ilmu, di samping menajamkan minda kita.
Mari  kita uji pengetahuan am kita dengan menjawab soalan-soalan trivia berikut:
  1. Apakah surah yang dinamakan sempena salah satu waktu solat?
  2. Apakah kaum yang diseksa pada waktu subuh?
  3. Bilakah malaikat yang mengawasi manusia bertukar syif?
  4. Berpandukan al-Quran, bilakah ahli keluarga tidak dibenarkan sewenang-wenangnya masuk ke bilik tidur ayah dan ibu?
  5. Dalam al-Quran, Allah bersumpah dengan waktu subuh sebanyak dua kali. Apakah ayat tersebut?
  6. Dua solat yang paling sukar dilaksanakan ialah ........
  7. Nama surah yang dinamakan sempena nama waktu?
  8. Dimanakah jika seseorang itu solat, dia mendapatkan pahala 1 solat sebanyak 1000 solat?
  9. Rasullulah s.a.w mempunyai dua orang bilal. Siapakah kedua-dua mereka?
  10. Apakah solat sunat yang lebih baik daripada dunia dan segala isinya?
Sila uji minda anda. Jawapan akan disiarkan esok.

aResRiyah: Trivia bermaksud pelbagai fakta/maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu, terutamanya digunakan dalam sesuatu permainan /kuiz.

No comments:

Post a Comment

Convocation Day @USIM

Date: 27 Nov 2021 Venue: USIM, Nilai Event: Convocation Day anak saudara sulung (alhafizah)