- Surah al-Falaq yang bermaksud waktu subuh.
- Kaum Nabi Lut (surah Hud ayat 81) dan Kaum Nabi Hud (kaum 'Ad) dalam surah al-Ahqaf ayat 25.
- Pada waktu subuh dan asar. Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Ada beberapa malaikat yang bergilir-gilir mengawasi kamu pada waktu malam dan siang. Mereka berkumpul pada waktu solat subuh dan waktu solat asar..." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- Allah berfirman yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang yang belum baligh antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) iaitu: sebelum solat subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah solat isyak. (Itulah) tiga aurat bagi kamu." (Surah al-Nur 24:58)
- Allah berfirman yang bermaksud: "Dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyinsing." (surah al-Takwir 81:18). "Dan demi subuh apabila mulai terang." (surah al-Muddaththir 74:3).
- Solat subuh dan asar.
- Surah al-Fajr iaitu fajar/dinihari. Surah al-Layl iaitu waktu malam. Surah al-Duha iaitu waktu antara sesudah terbit matahari hingga sebelum tertegaknya matahari. Surah al-Falaq iaitu waktu subuh.
- Di Masjid al-Nabawi di Madinah. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasullulah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku (Masjid al-Nabawi di Madinah) ini adalah lebih baik daripada 1000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidilharam."
- Bilal bin Rabah dan Ibn Ummu Maktum yang buta.
- Solat sunat sebelum subuh. Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Solat dua rakaat (sebelum) solat subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya." (Riwayat Muslim)
Tuesday, September 27, 2011
Uji Pengetahuan Am-Jawapan
Adakah benar kita memandang ringan fakta yang tidak berapa penting dalam kehidupan kita walaupun ianya sesuatu yang menarik? Jom kita selongkar apakah jawapan kepada trivia semalam (mengikut turutan)..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Convocation Day @USIM
Date: 27 Nov 2021 Venue: USIM, Nilai Event: Convocation Day anak saudara sulung (alhafizah)

-
Inilah antara tempat yang kami addicted sesangat dahulu kala. Asal hujung minggu menjelma, kat sini la destinasi pilihan kami. Kolam Pancin...
No comments:
Post a Comment