Kecoh sehari dua ini tentang minuman kultur yang dikatakan adalah penyebab berlakunya kanser.
Ini adalah antara perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad yang merungkai segala persepsi masyarakat.
DAKWAAN MINUMAN YANG MENGANDUNGI PROBIOTIK BOLEH MENYEBABKAN KANSER.
Saya berpendapat ia adalah satu dakwaan tidak munasabah kerana tidak diberikan bukti. Lebih elok dakwaan seperti ini disertakan dengan nama doktor dan hospital mana dia bekerja agar penjelasan yang lebih baik dapat diperolehi dari doktor tersebut.
Ada beberapa kemusykilan dakwaan ini.
Nama doktor yang dikatakan mengucapkan dakwaan ini tidak diberitahu. Mungkin ada salah faham antara pembawa berita dan doktor. Mungkin doctor mengatakan minuman itu tidak sesuai untuk beberapa pesakit.
Kuman probiotik yang digunakan dalam minuman tersebut telah disahkan selamat bagi individu yang sihat, termasuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.
Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah.
Ini termasuk :
1. Pesakit HIV / AIDS
2. Orang yang baru menerima dermaan organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan.
3. Pesakit diabetes
4. Pesakit kanser dan pesakit yang sedang menerima rawatan untuk kanser seperti kemoterapi dan radioterapi
5. Pesakit yang mengalami penyakit ginjal dan pesakit yang menjalani rawatan dialysis
6. Pesakit yang mengalami penyakit autoimmune seperti SLE
7. Pesakit yang mendapat rawatan steroid
8. Pesakit yang telah menjalani pembedahan usus.
Saya bimbang apa yang dikatakan doktor ialah pesakit kanser tidak boleh meminum minuman itu dan bukannya minuman itu menyebabkan kanser.
No comments:
Post a Comment