Tuesday, April 26, 2011

Away for a Month..Maybe

    Saya mendapat perkabaran yang awal Mei ni ade job kat offshore Kemaman. Dalam perkiraan saya sape lagi yang tinggal tuk pergi job kali ni. Nak xnak name saya la yang naik..da setahun lebih saya x naik kapal lepas kawin, sebabnya lepas kawin terus bunting pelamin..terpaksa la hold dlu keje2 offshore sampai deliver. Sekarang Nayli da 7 bulan..and saya pun da cukup bersedia tuk kembali naik kapal.

    Banyak la persediaan yang kene buat. Nayli kene post ke kampung. Stok pampers, susu kene cukup semasa peninggalan saya nanti. Duk pikir lagi cmane nk storage susu perah (EBM) and nk angkut bawa balik dari kapal ke rumah. Konpem penuh beg ngan susu,maklum la..sebulan 2 saya pergi, harus la banyak susu kene perah sebab baby x minum.

    Ketika keputusan untuk tinggalkan Nayli di kampung sudah konpem , tetiba papanya kata dia willing tuk menjaga Nayli tuk sementara waktu sebab dia x dapat cuti (EL) tetiba sebab klinik dia shortage kakitangan. Nak xnak dia terpaksa jaga anaknya sampai dia dapat cuti yang sesuai. Papa..time ni la nk tunjuk skill kebapaan 2 kan?

P/S: Sedikit pesanan untuk yang ditinggalkan.
To Nayli: Behave and be a good child baby! Jangan susahkan papa, jangan nangis2 nak minum susu. Mama xde tuk pujuk Nayli..Love u my little baby!
To Papa: Banyak2 la bersabar B ngan kerenah anak pompuan kita 2..Jangan hampakan sayang. Be a good father. Love u my hubby!

No comments:

Post a Comment

Convocation Day @USIM

Date: 27 Nov 2021 Venue: USIM, Nilai Event: Convocation Day anak saudara sulung (alhafizah)