Alhamdullilah..selesai juga hutang 20hari ponteng puasa untuk tahun 2018. 17hari untuk 2018, balance 3hari untuk tahun 2017 (membayor fidyah la kiter). Tak sempat nak lunas 3hari hutang tu sebab mengandung. Sipi2 pulak yang 3hari tu da masuk 9bulan. Kembang kecut kembang kecut je nak mengganti puasa..huhu.
Alhamdullilah..tahun ni diberi kesihatan yang baik. Awal kita start marathon. Sempat lunas sebelum Ramadhan seterusnya. Ini pun sipi2 jugak.
10hari je lagi nak Ramadhan.
Allahuakbar..sekejap je masa datang.
Semoga kita mendapat kesihatan yang baik untuk ibadat di bulan Ramadhan tahun ni. Terus konsisten dengan solat Terawih. Istiqomah dengan sedekah. Buat amal kebaikan, jauhi kemungkaran.
Teringat kisah beberapa tahun lepas.
Saya ni seorang yang lalai. Datang Ramadhan..kita suka, sebab nak raya. Ibadat? Terawih?..entah ke mana. Di media sosial bersepah penulisan keagamaan, namun tidak dipraktikkan.
Menu berbuka puasa toksah cerita, tak perlu orang suruh. Kita sendiri akan tayang untuk kepuasan dan memory akan datang. Benda tak salah pun. Orang kata bergantung pada niat memasing.
Tapi kita lupa sesuatu, apakah sebenarnya pengertian Bulan Ramadhan ni?
Kenapa sangat ditunggu kedatangan Ramadhan. Pemergiannya diratapi.
Saya kekadang cuba untuk faham kenapa kita perlu gembira, kenapa kita perlu bersedih. Tapi kefahaman itu tidak sampai ke hati. Hanya meniti di mulut. Astaghfirullah alazim. Seronoknya solat Terawih hanya pada minggu pertama Ramadhan, selebihnya dihabiskan dengan buat kuih raya dan shopping baju raya. Selagi tak jumpa baju ikut tema, tiap malam la keliling pasaraya..huhu.
Sehingga la pada suatu hari, saya hadiri satu tazkirah sebelum/selepas Zohordi office, tentang keindahan Ramadhan. Terpanah di hati dengan perkongsian Ustaz.
Solat Terawih ni senang je nak buat. Tambahan untuk ibu2. Tak perlu pun ke masjid/surau.
Boleh buat sendiri di rumah. Solat sendiri.
Sambil jaga anak, sambil buat kuih, sambil lipat kain, sambil baca Al-Quran.
Tiada halangan untuk berterawih.
Solat sambil rehat. Tak perlu habiskan 8rakaat sekaligus.
Solat 2 rakaat, anak kecil merengek, berhenti kejap tidurkan anak.
Sambung lagi 2 rakaat, berhenti kejap pergi masuk kain dalam mesin basuh pulak,
Sambung lagi 2 rakaat, berhenti buat air untuk anak sulung.
Sambung lagi 2 rakaat.
Allahu..dah selesai 8rakaat. Mudahkan!
Ambil la sebanyak masa yang perlu. Tiada orang nk marah.
Nak baca ayat panjang, ayat pendek, ayat sama, 3 qul memanjang (sebab itu je yang ingat).
Yang penting jangan tinggal Terawih.
Sayang sangat2 kalau tinggal Terawih.
Allah bagi peluang untuk kita gandakan pahala di bulan mulia ni. Terawih ni takde pada bulan2 lain. Tetiba pada 5 Syawal terasa lapang sikit takde kerja..eh nak solat Terawih la. Solat la. Takde masalah. Tapi niat terawih tu dah tak valid. Terawih itu istmewa di bulan Ramadhan sahaja. Allahu..rugi sangat kalau kita tinggal.
Inilah panahan kata2 yang menusuk ke hati saya. Mujur Allah lembutkan hati saya untuk hadiri majlis ilmu. Dapat juga buang titik2 hitam yang kita tak sedar bertapak dalam jiwa. Dari luaran nampak macam alim, mulia..namun dalaman sudah karatz. Astagfirullah alazim..
Itu la..
Walau bertahun sudah sedar akan khilaf ini, namun untuk istiqomah itu bukan senang. Namun pasang la niat sekarang. Semoga saya, awak dan kita semua akan terus merendah diri, bersedia dan istiqomah di bulan yang mulia ni.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
"Ketuk la pintu hati kami untuk menghargai kedatanganmu".