Friday, September 14, 2018

Elephant Sanctuary Kuala Gandah

Kami ke Pahang atas urusan kenduri adik sepupu yang bertemu jodoh dengan anak gadis Felda Jengka. Adik sepupu telah sediakan sebiji homestay untuk memudahkan urusan kami seharian ketika di sana. Seusai urusan menghantar menantu, kami sepakat untuk singgah ke mana2 destinasi terdekat yang sejalan dengan arah kami ke Kuala Lumpur.

Bila di google, Elephant Sanctuary Kuala Gandah ini menarik minat dan masih open (ketika kami sampai di sana dalam 3.30-4pm). Maka tengok gajah la kami hari tu.

Sambutan Hari Kemerdekaan 2018 di Putrajaya

Hari ini hari sambutan Kemerdekaan negara kita yang ke-61. Kegigihan melanda kami bila mana tahun ni sambutan diadakan di Putrajaya. Dekat dan parking senang. Maka berpagi-pagian kami bersiap ke sana, namun tak sempat tengok perarakan badan2 beruniform.  Niat di hati nak anak2 kenal pelbagai badan dan agensi yang terdapat di Malaysia. 

Setiba kami di sana, dimana kami masih lagi berjalan nak ke pentas utama, orang awam dah berpusu-pusu menuju ke tempat parking. Terlambat sudah la kami..huhu. Tapi aktiviti tetap diteruskan. dan ternyata masih ramai dan meriah aktiviti di pentas utama.


Convocation Day @USIM

Date: 27 Nov 2021 Venue: USIM, Nilai Event: Convocation Day anak saudara sulung (alhafizah)