Wednesday, June 14, 2017

Preparation untuk Balik Kampung

"Preparation untuk Balik Kampung"

Keghairahan balik kampung mesti da mula terasa kan. Maklum la lagu raya da sayup2 kedengaran di corong2 radio.

Kalau dengar lagu "ho ho hi balik kampung, hati girang"...ini tak lain mesti bingit dalam kereta anak2 duk nyanyi sambil jerit2 pecah suara..😂

Travel jauh dengan anak2 ni kena kuat semangat. Kita yang puasa pun boleh jadi hulk hogan. Dari mula2 bergurau je, sudahnya merebak sampai bergaduh meraung menangis..🤦🏼‍♀️

Sampai satu tahap bila semua da penat, tertido..baru la mak ayah boleh jadi pilot dan co-pilot dengan tenang.

Kaksera pernah travel dengan anak2 di bulan puasa di awal pagi. Tak sampai setengah jam perjalanan kaksera terpaksa bukak puasa.

Yang si baby kita pangku di depan, yang abang kejap datang depan nak duduk sekali dengan baby. Da di halau pergi belakang dia datang depan balik. Kejap nak susu, kejap nak roti, kejap nak milo..😖

Si bapak masih relax bawak kereta. Maknya da hijau..🤢 Mintak excuse dengan incik husband. Guna alasan bermusafir untuk bukak puasa.

"Singgah petronas nanti awak belikan coke dan apa2 makanan la ya. Saya da tak tahan ni. Angin da sampai kepala ni."

Sekarang barulah kaksera faham kenapa ada excuse bila bermusafir. Sebelum ni anak 2orang, kaksera tak pernah lagi alami macam ni. Bila anak da makin ramai ni, makin pelbagai ragam, makin macam2 jadi kat mak mak..😌

Selepas kejadian tu..kaksera da mengatur strategi. Jangan ulangi perkara sama lagi. Sebab bahagian nak mengganti puasa tu punya la susah. Walaupun sehari je tinggalnya.

Lepas tu, apa kaksera buat sebagai preparation balik kampung ketika puasa ni:

1. Pilih waktu perjalanan yang hampir ke tempoh berbuka. (Bukan mulakan perjalanan dari awal pagi. Seeloknya waktu zohor ke atas. Boleh berbuka di pertengahan jalan)
Emosi kita akan lagi tenang dan waras bila perut da terisi..😁

2. Sediakan bekalan makanan secukupnya untuk anak2. Biasa kaksera akan sediakan kacang2, milo, roti, oreo, tiger, gula2 setiap seorang. Sebagai umpan untuk diorang senyap dan tak bergaduh. Kalau diorang mintak susu, terus bagi. Kalau nak milo. Zasss..nah milo..nah roti. Kalau ada lebih nasi sahur tadi boleh bekalkan sekali untuk diorang.

3. Tempat tidur. Setiap kali balik kampung kaksera akan sediakan toto kecik dan bantal bantal bantal untuk keselesaan diorang. Diorang suka berebut2 bantal. Terpaksa la bagi sorang satu. Yang kakak over sikit nak banyak..🙄

4. Barang mainan. Ni optional. Biasa si abang yang suka nak angkut segala mainan dia. Nak menunjuk depan sepupu dia nanti. Layankan aje. Sebab kalau dia tak dapat. Dengan mama2 pun tak dapat apa.

5. Ipad. Ini optional. Biasanya, ini untuk si kakak. Sebab taknak kakaknya usik adik dan jadi punca bergaduh. Kadang2 terpaksa juga umpan dengan fon mama.

Ini antara preparation kaksera untuk travel balik kampung yang makan masa 6-7jam perjalanan (KL-Kelantan) Just be aware if tempoh tu lagi panjang.

Yg ikhlas,
kaksera


Disclaimer: Apa yang kaksera tulis ni adalah sebahagian dari pengalaman perjalanan kaksera bersama keluarga kecik kami. Tak bermaksud semua orang alami situasi yang sama. Namanya pun preparation kan..😁

Convocation Day @USIM

Date: 27 Nov 2021 Venue: USIM, Nilai Event: Convocation Day anak saudara sulung (alhafizah)